Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 11, 2011

# 123 32 week y'alll!!

i am now officially in my 32nd week which means 8months. wow! time flies really fast. sedar tak sedar dah 8 months dah sekarang. baby's stuff dah 90% complete. another 10%? i sendiri pon tak tau ape yang tak complete lagi. ape yang i tau i rase macam ade yang tak complete. ehe. later2.

tadi pegi check up .. my hb is now 10.9. YAY! happy gile. and the nurse dah start suruh i packing barang for baby and put it inside my car. honestly, i havent pack anything yet. basuh baju2 baby pon belum. semua nak buat this weekend. sangat lah tak ade mase. rase macam nak amik cuti the whole week je nak settlekan semua bende. dah la end of this month ade induksi somewhere in melaka. ;( larat ke i nanti. huhu.

ade orang cakap kalau dah 8months ni tak boleh nak travel jauh2. tapi tempat keje i memerlukan i drive 35km to and fro which means 70km per day. and yes .. i am still driving until this day. harap2 everything will be okay.

selalu kalau i tengok blog momies2b mesti ade cerita pasal braxton hicks. and up until now i still dont understand WHAT is braxton hicks. so what i did ( seperti biase) was google for some infos about it. so this is what i found.

Apa itu Braxton Hicks


Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

Bayi bergerak dengan aktif
Semasa senaman atau membawa barang berat
Mengurut perut
Semasa hubungan seks
Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

source

***


note. hope it helps. ;)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers